Wednesday, December 12, 2018

BAB 14 PENDIDIKAN ABAD KE 21


RUMUSAN
Pendidikan abad ke 21 merupakan didikan yang meluas dengan penggunaan bahan-bahan pendidikan digunakan dlam proses pembelajaran da pembelajaran. Pendidikan abad ke 21 ini selaras dengan kemajuan teknologi dan melahirkan individu yang berketerampilan yang berfikiran di luar kotak, mampu mengakses, dan menganalisis maklumat yang telah di pelajari.

Pendidikan abad ke 21 ini lebih mementingkan kaedah pembelajaran yang bersesuaian dengan pelajar. Dimana pelajar diajar dengan beberapa kaedah pembelajaran bagi memudahkan mereka memahami apa yang mereka pelajari di dalam kelas. Hal ini kerana, setiap pelajar berbeza kaedah pembelajan mereka.( zubaidah. S ,2016)

Pembelajaran abad ke 21 ini berteraskan prinsip 4’C’ iaitu communication,critical thinking, collaboration, dan creativity. Dengan menerapkan prinsip ini pelajar dapat bekerjasama dan berkomunikasi di masa yang sama dalam menyelesaikan masalah. Contohnya, pelajara membuat perbincangan dalam menyelesaikan masalah dan meluahkan pendapat masing-masing secara tidak langsung pelajar telah bekerjasama dan berkomunikasi dalam menyelesaikan masalah.

Selain itu, pelajar juga dapat melahirkan pemikiran inovatif dan pemikiran yang kreatif dengan bantuan bimbingan guru di dalam kelas. Pelajar dibenarkan membuat reka bentuk dan dipantau oleh para guru supaya pelajar dapat merealisasikan idea kreatif mereka. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan pembelajaran berasaskan teknologi bagi memudahkan mereka mengakses bahan-bahan rujukan pembelajaran mereka. Kaedah ini selaras dengan pendidikan abad ke 21 yang lebih menerapkan nilai teknologi dan global dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penyusunan atur bilik darjah abad ke 21 yang melibatkan hubungan antara pelajar dan guru. Pengurusan bilik darjah ini membantu para guru untuk mengawal, mengelola, membuat refleksi dan berhubung dengan pelajar. Susun atur meja di kelas juga penting dalam mewujudkan suasan pembelajaran abad ke 21. Susun atur meja yang berasaskan perbincang dimana pelajar dapat bergiat aktif dalam aktiviti perbincangan yang diadakan. Selain itu, penggunaan kaedah classroom trafict light merupakan salah satu kaedah pembelajaran abad ke 21. Kaedah ini menyediakan kad board yang berlainan warna dan setiap warna menunjukkan tahap kefahaman pelajar terhadap pembelajaran yang di ajar.

Terdapat sudut parking lot bagi memudahkan pelajar menyatakan atau bertanya soalan yang tidak faham semasa proses pengajran dan pembelajaran di dalam kelas. Terdapat juga beberapa sudut bagi menunjukkan pembelajaran abad ke 21 seperti papan ganjaran, sudut hasil kerja murid dan sudut maklumat dan sebagainya yang melibatkan kaedah pembelajaran abad ke 21.

Kaedah pembelajaran abad ke 21 berbeza dengan kaedah pembelajaran tradisional. Antara kaedah pembelajaran abad ke 21 ialah pembelajarab berpusat sama ada guru atau murid. Pembeljaran berpusat guru dimana pelajar dengar kuliah atau penerangan dari guru manakala pembelajaran berpusatkan murid pelajar sendiri menjadi tutor atau pengajar kepada rakan yang lain dan saling berbincang dengan pantauan guru.

Pembelajaran berkumpulan dimana pelajar membuat aktiviti di dalam kelas secara kumpulan sama ada kajian lapangan atau perbincangan. Selain itu, mewujudkan komunikasi antara pelajar jika membuat aktiviti kumpulan. Dan terdapat banyak lagi kaedah pembelajara yang dijalankan sesuai dengan kaedah abad ke 21.



Rujukan:

Zubaidah, S. (2016, December). Keterampilan Abad ke 21: Keterampilan yang Diajarkan melalui    Pembelajaran. In Disampaikan pada Seminar Nasional Pendidikan dengan Tema “Isu-isu Strategis Pembelajaran MIPA Abad (Vol. 21).
O’ Sullivian. D (2007). Pembelajaran transformatif: Wawasan pendidikan abad ke 21 terj. Transformative learning: Educational vision for 21st century. Kuala Lumpur: Institute terjemahan negara Malaysia Berhad.


Fail boleh dicapai:




BAB 13 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


RUMUSAN
Berdasarkan tajuk yang diberikan iaitu Pengurusan Alam Pembelajaran  dapat dirumuskan bahawa tugas guru sebagai seorang pengurus di dalam kelas adalah sangat penting. Hal ini kerana, kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan dapat mewujudkan suasana yang kondusif, disiplin kelas juga dalam keadaan yang baik dan keadaan bilik darjah yang selesa. Pengurusan alam pembelajaran yang baik dapat mewujudkan suasana yang kondusif dan selesa yang sekaligus dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Seperti dalam dapatan kajian, terdapat banyak perkara yang perlu dititikberatkan oleh guru dalam persediaan sebelum mengajar. Antaranya ialah guru perlu merancang Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan agar guru mengetahui apa hasil pembelajaran yang perlu dicapai. Selain itu, guru juga perlu bersedia dari segi mental, fizikal, dan bahan bantu mengajar (BBM) yang akan digunakan.

Pengurusan alam pembelajaran turut berhasrat agar para pelajar dapat bergerak dengan bebas  dan aktif terutamanya ketika melakukan aktiviti semasa proses pengajaran danp pembejalaran berlangsung. Oleh itu, dalam hal ini juga guru perlu memainkan peranan sebagai pengurus dalam mengurus bilik darjah dengan memastikan susun atur kedudukan meja dan peralatan yang lain seperti penyapu dalam keadaan yang teratur.

Di samping itu, guru juga perlulah mempunyai kemahiran dalam pengurusan alam pembelajaran bagi menghadapi setiap pelajar yang mempunyai karakter dan latar belakang yang berbeza-beza. Berdasarkan kepada dapatan kajian, kemahiran interpersonal antara guru dan pelajar sangatlah penting. Selain itu, guru perlu mengingati nama dan mengetahui latar belakang setiap pelajar di dalam kelas tersebut. Hal ini dapat menunjukkan bahawa guru tersebut mengambil berat dan prihatin terhadap setiap pelajarnya

Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran sangat penting sebagai seorang guru agar minat dan juga tumpuan para pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu, pengurusan alam pembelajaran juga dapat memudahkan guru untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan juga maklumat sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar. Namun pun begitu, seorang guru perlulah menjadikan Falsafah Pendidikan Guru sebagai panduan  kerana falsafah itu sendiri telah menentukan arah haluan, asas dan juga sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru di Malaysia.


RUJUKAN

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH
KEBANGSAAN DI     ZON BANDAR DAERAH KOTA TINGGI. (2018). [Ebook]. Retrieved from http://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdf

     Noormala, Ali, Mohamed Sharif Mustafa. dan Roslee Ahmad. (t.t.). Pendekatan temubual

            sebagai metod kajian kes. suatu persepsi di kalangan pelajar perempuan cemerlang

            terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. hlm.1-12. Diperoleh daripada



       Nasbah, N. (2018). Guru sentiasa perlu kreatif dalam Pd. Retrieved from
          https://www.bharian.com.my/node/242985





BAB 12 SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

RUMUSAN

Kesimpulannya, hubungan sekolah dengan persekitaran sangat penting dalam usaha mendidik para pelajar ke arah yang lebih cemerlang. Hal ini demikian kerana, hubungan dua elemen ini sangat berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 
   Misalnya hubungan sekolah dan masyarakat penting untuk mendapatkan aspirasi dan simpati daripada masyarakat. Aspirasi dan simpati daripada masyarakat dapat menghasilkan jalinan kerjasama yang baik antara dua pihak untuk menjayakan program-program sekolah. Hal ini demikian kerana, melalui sokongan dan dorongan daripada masyarakat, pihak sekolah mampu menghasilkan sesebuah program dengan mendapat sambutan yang sangat baik kerana tiada tentangan yang diterima daripada masyarakat. Malah tidak mustahil juga, masyarakat yang akan menjadi penyumbang dan penyokong utama program tersebut.
   Selain itu, hubungan guru dan ibu bapa juga penting dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang. Permuafakatan antara sekolah dan ibu bapa haruslah ibarat aur dan tebing untuk menjana kecemerlangan sekolah. Hal ini demikian kerana, ibu bapa merupakan insan yang terdekat dengan pelajar dan segala tindakan dan pergerakan pelajar adalah tanggungjawab ibu bapa itu sendiri. Jika ibu bapa rapat dengan sekolah, mereka akan faham akan apa-apa program yang dibuat oleh sekolah adalah demi kecemerlangan anak mereka nanti dan mereka akan menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai program tersebut. Situasi seperti ini akan mampu melahirkan masyarakat madani yang akan menyumbang ke arah kecemerlangan pelajar.
  Bukan itu sahaja, malah guru juga merupakan insan penting dalam menjana kecemerlangan pelajar. Hal ini demikian kerana, guru merupakan ibu bapa pelajar di sekolah kerana mereka adalah orang tengah antara pelajar dan ibu bapa. Segala pemasalahan yang dihadapi oleh pelajar akan dibantu oleh guru dan guru akan menyampaikan masalah tersebut kepada ibu bapa. Hal ini jelas menunjukkan bahawa guru memainkan peranan penting di sekolah dalam menjaga kebajikan para pelajar.
  Seterusnya, seluruh warga sekolah dan masyarakat perlu peka dengan isu pendidikan semasa. Mereka perlu sentiasa bersedia dengan polisi-polisi pendidikan yang sentiasa berubah-ubah. Hal ini kerana, polisi pendidikan yang ditetapkan sangat memberi kesan kepada pendidikan para pelajar. Oleh sebab itu, semua pihak termasuk pelajar sendiri seharusnya sentiasa mengambil tahu tentang isu pendidikan semasa.
    Akhir sekali, segala perkara yang berkaitan dengan pendidikan haruslah berorientasikan maklumat yang mana kita perlu bersungguh-sungguh mengejar maklumat baru yang berkaitan dengan pendidikan serta isu semasa. Hal ini demikian kerana pendidikan dan globalisasi sangat berkait rapat, sehingga apa-apa sahaja maklumat atau isu pendidikan yang baharu akan dengan mudahnya tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Maka, semua pihak haruslah berusaha mencari kesahihan akan tentang maklumat dan isu yang dibangkitkan agar tidak berlaku salah faham kelak.
   Semua pihak, tidak kira masyarakat guru, ibu bapa mahupun pelajar itu sendiri perlu berganding bahu untuk meningkatkan taraf pendidikan di negara ini. 

RUJUKAN
Azyyati Zainuddin. (2014, May 12). Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Diperoleh daripada
https://www.slideshare.net/weydwyda/faktorfaktor-yang-mempengaruhiperkembangan-sosioemosi-kanakkanak
 http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=sekolah

Fail boleh dicapai:



Tuesday, December 11, 2018

BAB 11 PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


RUMUSAN
Pengurusan murid pelbagai upaya ialah fokus kepada pembelajaran pelajar yang kurang upaya (OKU) atau bekeperluan khas. Pendidikan boleh terbahagi kepada dua iaitu inklusif dan pendidikan khas.
Pendidikan inklusif ialah pendidikan umum iaitu individu yang boleh diertikan sebagai cergas-pintar namun mempunyai kecacatan dan telah diberi peluang menerima pendidikan secara normal iaitu pendidikan umum. Pendidikan ini memberi peluang kepada pelajar jurang upaya untuk belajar bersama-sama dengan pelajar normal dengan bantuan bimbingan para guru yang telah diberi latihan khas. Para guru yang telah menerima latihan khas ini dapat membantu pelajar yang bekeperluan khas dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Menakala, pendidikan khas pula ialah program pendidikan yang dirancang khusu untuk kanak-kanak atau pelajar istimewa. Dimana merujuk kepada pendekatan, rnacangan pendidikan, strategi kaedag da teknik mengajar untuk kanak-kanak bukan normal tetapi luar biasa kerana mereka tidak sanggup untuk menerima faedah dan pencapaian dari program sekolah biasa. Dengan adanya pendidikan khas ini, dapat membantu pelajar kurang upaya dalam menyelaras dengan kehidupan sama dengan orang biasa dan mereka dapat menjadi lebih berguna malah dapat menyumbang kepada rakan-rakan yang normal dan juga ini akan membantu membentuk keharmonian sekeliling.
Terdapat beberapa halangan untuk menyediakan pendidikan khas yang berkualiti. Antaranya ialah kurang penekanan diberikan kepada perkhidmatan intervensi awal, sikap negatif para guru yang tidak menyokong atau membantu pelajar yang bekeperluan khas ini untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Selain itu, kurangnya latihan keguruan untuk guru biasa dalam mengurus pelajar bekeperluan khas yang mendapat pendidikan inklusif di sekolah normal dan kekurangan kakitangan bantuan yang membantu di dlam bilik darjah khas atau biasa. Malah, kegaglan menjalankan pengubahsuaian dalam persekitaran sekolah juga merupakan penyumbang kepada halangan dalam menyediakan pendidikan khas yang berkualiti di sekolah khas mahupun di sekolah khas.
Pendidikan pelajar yang bekeperluan khas ini di kategorikan dalam beberapa jenis yang menyebabkan mereka ini memerlukan pendidikan khas. Kurangnya upaya fizikal seperti mengalami kecacatan anggota badan seperti penyakit Polio, kudung, mascular dystrophy, myopathy,neuropathy dan osteogenesis imperfecta. Kebiasaannya mereka akan menggunakan tongkat atau berkerusi roda untuk bergerak. Kurang upaya dari segi pendengaran, jenis kurang upaya ini sama sahaja dengan orang normal tetapi tidak boleh melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan percakapan dan pendengaran. Kekurangan upaya dari segi mata pula menyebabkan mereka ini berjalan menggunakan tongkat bagi membantu menunjuk arah jalan yang betul. Malah mereka juga akan di ajar menggunakan tulisan braille bagi membantu mereka untuk membaca dengan menggunakan daya deria rasa atau sentuhan. Masalah pembelajaran merupakan salah satu dari jenis kurang upaya seperti kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan ataumenyelesaikan masalah matematik.
Ciri pengurusan murid pelbagai upaya dapat dibantu dengan para guru atau kakitangan bantuan perlu bijak mengawal keadaan emosi pelajar dan menghadapinya dengan tenang dan ada sebarang panik semasa pelajar tersebut mengamuk secara tiba-tiba. Pelajar juga perlu dikelaskan mengikut tahap pembelajaran dan usia bagi memudahkan proses pengajran bagi memudahkan pelajar kurang upaya ini memahami dan mengikuti proses pembelajaran. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan perlulah menarik dan mengikut tahap pemikiran pelajar dan subjek yang diajar adalah subjek pengurusan diri dan sains sosial.

Pelajar kurang upaya ini memerlukan teknik pengajaran yang bersesuaian untuk mereka mudah memahami dan mengikuti pelajaran di dalam kelas dan boleh melahirkan pelajar kurang upaya yang boleh berdikari dengan hasil pembeajaran di dalam kelas.
Rujukan:
Dahalan. Z & Jamil. H (2011). Pendidikn pelbagai budaya merealisasikan negara bangsa “1 Malaysia’: Perspektif Islam dan Barat. Esteem Academic Journal. Vol.7. (2, 1-18)
Eng. J. A. J & Ed. D. (2014). Pengurusan bilik darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti pemeblajran berkesan. Selangor:n PTS Media Akademia

Fail boleh dicapai:








BAB 10 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

RUMUSAN 
Kepelbagaian budaya amat penting dalam melahirkan masyarakat sekeliling yang saling hormat menghormati. Kepelbagain budaya sekolah perlu amalkan disetiap sekolah bagi melahirkan generasi yang berdikari dan bermodal insan. Selain itu, budaya sekolah mendidik pelajar menjadi seorang yang berani mencorak kehidupan mereka. Pembelajaran berasaskan pelbagai budaya ini amat membantu dalam pengurusan sekolah yang mempunyai pelajara yang majmuk di sekolah. Pelbagai budaya ini turut membantu dalam mengeratkan hubungan diantara pelajar malah hubungan diantara guru juga dapat dieratkan. Hal ini demikian kerana, kepelbagaian budaya ini membantu menyatu padukan semua kaum di Malaysia dengan memahami adat, budaya dan agama mereka dan perkara ini turut di ajar di sekolah bagi memastikan para pelajar memahami kaum yang berlainan dengan mereka. Kepelbagaian buudaya dapat diterapka dengan percampuran kaum di dalam satu kelas bagi membiasakan pelajar untuk bergaul mesra dengan kaum yang lain.
Pelbagai pendekat yang dilakukan bagi mencapai atau meningkatkan pemahaman dan penerimaan terhadap pelbagai budaya. Antaranya ialah pandangan sejarah yang seimbang, infuse kandungan dan idea pelbagai budaya dalam kurikulum pendidikan dan mendidik kefahaman dan penerimaan pelbagai budaya. Pendekatan ini penting bagi memastikan mencapai pemahaman dan penerimaan terhadap pelbagai budaya melalui dengan pendidikan. Tujuan pendekatan ini dijalankan bagi memastikan tiada jurang perbezaan diantara semua kaum di Malaysia dan mengeratkan lagi hubungan diantara kaum dengan menghormati perbezaan nilai-nilai agama, budaya dan bahasa.
Keseimbangan pandangan sejarah amat penting bagi memastikan Malaysia kekal hidup dengan harmoni. Sejarah pendidikan di Malaysia pada mulanya sistem pendidikan yang tidak formal dan formal dan objektif pendidikan yang berubah dari masa ke semasa bagi memastikan tidak berlakunya permasalahan diantara kaum. Selain itu, idea pelbagai budaya dan kurikulum pendidikan ditingkatkan bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kepelbagaian budaya dalam masyarakat yang majmuk. Ini menyebabkan kepelbagaian budaya penting diwujudkan dalam kurikulum dengan memasukkan beberapa tokoh dan budaya dari pelbagai etnik atau menggalakan pembacaan yang berkaitan dengan kepelbagaian budaya di dalam kelas. Hal ini demikian memudahkan pelajar untuk memahami kaum yang lain. Selain itu, bimbingan dari para guru turut membantu dalam melaksanakan kepelbagaian budaya melalui kurikulum. Dengan membimbing pelajar di dalam kelas dan menerapkan pengetahuan mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Para guru juga perlu memastikan pelajar menghormati dan mempunyai hubungan yang positif dengan pelajar berlainan etnik.

Mendidik kefahaman dan penerimaan pelbagai budaya, ini merupakan peranan penting bagi para guru kerana mereka seharusnya memahami perbezaan dan kepelbagaian kerana mereka ini akan akan membantu dalam mendidik pelajarnya untuk lebih berinteraksi di dalam satu ruang (bilik darjah) atau sistem pembelajaran mahupun di dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu menghakis semangat kekitaan dalam kalangan pelajar malah meruntuhkan sempadan diantara perbezaan budaya, agama dan bahasa dan sentimen etnik yang menghalang berlakunya perhubungan atau interaksi diantara kaum dengan harmoni dan positif.
Dengan adanya pengurusan pelbagai budaya ini mampu mengurangkan perbalahan diantara kaum dan mengeratkan lagi hubungan diantara kaum dengan adanya pengetahuan da kefahaman yang tinggi tentang kepelbagaian budaya.

Fail boleh dicapai:
https://drive.google.com/open?id=1MJBflMo8KzEWoYQRKKf4My6LVWPGFzKh
https://drive.google.com/open?id=1-Y5SutgCjcIEGwNKFJlMbMhayvj-JupZ
https://drive.google.com/open?id=1ryfAi7G9Th-PV_r4w5jFzeBHjM16J8Fl



BAB 9 PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

RUMUSAN

Guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi guru juga adalah  pembimbing dan penasihat pelajar. Pelajar perlu dibimbing untuk mencapai pengetahuan dan tingkah laku yang menyumbang kepada pembelajaran berkesan. Pelajar perlukan bimbingan untuk perancangan pendidikan, kehendak akademik di sekolah. Seterusnya, mengatasi kemerosotan akademik. Guru perlu lihat kemerosotan disiplin yang akan jejaskan persekitaran dan pendidikan di sekolah. Oleh itu, pelajar perlukan bimbingan yang sewajarnya daripada pihak guru.

Implikasi pelaksanaan bimbingan dan penasihat ini membolehkan pelajar memahami persekitaran sekolah, memahami dirinya dan orang lain, dapat membuat pilihan dengan bijak dan tepat. Kesedaran terhadap perkembangan akademik dan kerjaya juga akan timbul dalam diri pelajar apabila adanya dorongan daripada guru. Ia juga akan mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dan pelajar seterusnya dapat mewujudkan suasan pembelajaran yang positif di sekolah.

Antara tugasan yang perlu dilakukan dalam pengurusan penasihatan murid ini ialah, menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbngan dan kaunseking sekolah. Selain itu guru juga bertanggunjawab untuk merancang, mengawal selia dan mengemas kini rekod dan inventori murid. Guru berkenaan juga perlu mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada semua murid melalui sebarang media yang sesuai. Selain itu, segala aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar yang merancang perkembangan murid secara optimum hendaklah dikelolakan dan bertanggungjawab untuk melaksanakan.

Antara jenis perkhidmatan binbingan yang disediakan ialah perkhidmatan memberi maklumat (menyebarkan maklumat pelajaran, kerjaya dan lain-lain) ,  perkhidmtan petempatan(membantu murid-murid memilih kegiatan bidang kokurikulum yang sejajar dengan kebolehan, minat dan kemampuannya), perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah (memupuk rasa benci terhadap dadah), perkhidmatan perundingan dan rujukan (merancang bersama-sama guru tentang cara-cara yang paling berkesan untuk megawasi kemajuan murid-murid) , perkhidmatan  penyelarasan sumber (menjadi penyelaras untuk kebajikan majikan, agensi-agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah) , perkhidmatan  dengan ibu bapa (Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mewujudkan disiplin di kalangan murid-murid) dan perkhidmatan penilaian (mengadakan program pembimbing rakan sebaya dan program latihan).

Pembimbing dan penasihat yang berkesan  merupakan hubungan interpersonal, menekankan aspek kemanusiaan, berupaya melihat, memahami dan menerima diri sendiri serta diri pelajar. Selain itu, nilai dan tingkah laku pembimbing perlu dibina sebelum langkah mengatasi membimbing dilakukan. Guru juga perlu mengamalkan penerimaan tanpa syarat di mana mereka prihatin terhadap murid dengan cara memberi perhatian tanpa batasan penilaian teerhadap aspek pemikiran,perasaan. Guru juga hendaklah melayan murid seadanya seperti bersedia menerima pelajar walau bagaimana keadaan sekalipun dan sentiasa berhati-hati dalam pertuturan agar tidak disalah tafsir oleh pelajar.

Kesimpulannya generasi  muda khususnya para pelajar sekolah merupakan aset yang amat bernilai dalam pembangunan negara. Sebagai pendidik, guru memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi muda yang berkualiti tinggi. Program bimbingan dan kaunseling sesebuah sekolah amat penting dalam usaha institusi terbabit untuk melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama seterusnya akan dapat menerajui tampuk kepimpinan negara dengan baik pada masa hadapan. pengurusan penasihatan murid merupakan suatu bentuk untuk memberi bimbingan dan panduan kepada murid untuk membuat pilihan yang baik untuk kehidupan mereka dan ianya juga merupakan suatu tugas yang memerlukan ibu bapa, pihak sekolah, guru dan murid untuk memberi kerjasama bagi sama-sama terlibat untuk membantu. Bimbingan, penasihatan dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Langkah yang berbeza ini bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah konflik dan matlamat tersendiri. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus diwujudkan agar mereka menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang diri mereka.

RUJUKAN
Zuraidah Abdul Rahman (1994). Pembimbing Rakan Sebaya. Kuala Lumpur: IBSBuku. Sdn. Bhd.
Othman Mohamed. (2005). Prinsip psikoterapi dan pengurusan dalam kaunseling . Ed. Ke-2. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

File boleh dicapai melalui:

BAB 8 PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISPLIN









Tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan di dalam pelbagai jenis bentuk dan ragam. Keadaan yang sesuai amat perlu bagi memastikan para pelajar mendapat suasana yang selesa semasa belajar. Sekiranya mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, hal demikian akan menjejaskan prestasi pelajaran serta keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain. Tingkah laku yang sering dibincangkan di sekolah ialah berkenaan dengan tingkah laku hiperaktif, tingkah laku bimbang dan tingkah laku yang melibatkan permasalahan disiplin di sekolah. Masalah-masalah yang ada akan menyebabkan proses PdP terganggu dan tidak dapat berjalan dengan lancar Tingkah laku negatif  biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah seperti tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Faktor seterusnya adalah persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus pada peperiksaan. Murid  akan rasa tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, tidakmenarik perhatian dan tidka mempunyai objektif yang jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal sekoalah yang padat, panas dan bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif. (SaayahAbu:2008).
Di dalam pengurusan tingkah laku, guru harus menetapkan matlamat tingkah laku yang betul yang harus ditunjukkan oleh murid tersebut. Guru harus mengenal pasti tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh seseorang murid. Guru mesti terus modifikasi tingkah lakunya sehingga murid tidak mengharapkan lagi ganjaran ekstrinsik dan menunjukkan tingkah laku yang betul kerana motivasi intrinsiknya.
Antara langkah yang boleh dilakukan ialah pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak diingini. Guru harus melupuskan tingkah laku yang tidak dikehendaki melalui proses penghapusan (melalui mengenakan denda). Jika guru gagal mengawal tingkah laku murid dengan menggunakan peneguhan yang positif, guru perlu menggunakan peneguhan negative dalam bentuk denda atau hukuman.
Melalui teknik modifikasi, guru perlu menggunakan satu sistem pengurusan tingkah laku bermasalah dengan membuat pemantaun dan penilaian dalam bilik darjah. Penyimpanan rekod salah laku murid-muridnya seperti’ bila ia berlaku dan bagaimana ia berlaku’ kerana proses merokod ini amat penting dalam teknik memodifikasikan tingkah laku. Antara teknik modifikasi lain ialah peneguhan. Di dalam peneguhan positif, kebarangkalian berulangnya tingkah laku yang diingini yang ditambah manakala melalui peneguhan negetif kebarangkalian berulang tingkah laku operan di tambah dengan memindah atau menghapuskan stimuli yang menggunakan.
Pengenaan denda pula adalah bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Semua hukuman denda harus dimaklumkan kepada murid dan pihak sekolah menentukan bahawa sesuatu hukuman betul-betul dilaksanakan. Behavioris berpendapat bahawa tingkah laku yang baik itu diberi ganjaran dan jjuga pada masa yang sama diberi hukuman terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Skinner pula berpandangan bahawa denda itu hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.
Reverse psychology pula menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negetif kepada positif. Kemahiran guru untuk memahami psikologi murid, mengenal pasti sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya adalah amat diperlukan. Selain itu, Shaping pula merupakan satu usaha memberikan ganjaran kepada murid setiap kali dia semakin hampir kepada tingkah laku yang baik. Ganjaran yang ditawarkan oleh guru menjadi semakin besar apabila murid bergerak kea rah pencapaian tigkah laku yang ditetapkan.
Kesimpulannya, pengurusan tingkah laku ini adalah bermula daripada guru dengan menunjukan tingkah laku yang baik terlebih dahulu. Setiap murid mempunyai sikap yang berbeza maka guru hendaklah belajar untuk memahami sikap murid dan mengambil tindakan yang sewajarnya keatas sesuatu tindakan itu. Selain itu,Pendidik hendaklah memahami mengapa pelajar melakukan masalah tingkah laku yang ada dan mencari jalan penyelesaian yang paling sesuai untuk menangani masalah-masalah tersebut. Tindakan terus menghukum pelajar tanpa memahami tingkah laku mereka tidak akan menyelesaikan masalah tingkah laku yang dibuat oleh pelajar tersebut malahan mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada.



RUJUKAN
Ghani, M. F. A., Radzi, N. M., Ghavifekr, S., Kenayatullah, H. B., & Muhamad, M. (2017). pengurusan disiplin murid di sekolah kawasan bandar dan luar bandar: Perspektif pemimpin
      sekolah. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(1), 7-40.
Walker, P. (2014). Student misconduct in the United Kingdom. Dalam C. J. Russo, I. J. O. Oosthuizen & C. C. Wolhuter (Ed.), Best practices for student misconduct on six continents. New York, NY: Rowman and Littlefield.
Kamus Dewan. (edisi keempat). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan  Pustaka.




RUMUSAN

Yahaya, Azizi and Bahari, Mohd Sofie (2010) Teori-Teori Tingkah Laku Berisiko. Teori-Teori Tingkah Laku Berisiko . pp. 1-7. Diambil daripada  http://eprints.utm.my/id/eprint/10403/

Fail untuk dicapai:
https://drive.google.com/open?id=1Iq_QDilh-x3IVvC90PncW511s1ryjNw_ https://drive.google.com/open?id=1eQ3Xo9BdsenOtGXyeQ7jjqITGcoW4nYl

https://drive.google.com/open?id=1KOtQet8uXsn9hp-R84XyFwNVLuWptLc2


.


BAB 7 STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH






RUMUSAN
Secara rumusnya, bilik pembelajaran ialah bilik-bilik di sekolah dimana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru. Pembelajaran tidak semata-mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar-pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain di dalamnya. Strategi pengurusan bilik pembelajaran di sesebuah sekolah haruslah dititikberatkan kerana ia sangat mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Terdapat tiga aspek atau elemen utama bilik pembeajaran iaitu unsur fizikal bilik pembelajaran, interaksi dalam bilik pembelajaran, dan mengurus iklim pembelajaran positif.
            Keberkesanan Pendidikan Abad ke-21 bukan sekadar tertumpu pada prasarana dan susun atur bilik darjah tetapi penentu utama kejayaan adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid bukan berpusatkan guru semata. Namun begitu, bagaimana susunan meja dan kerusi ini disusun di dalam kelas adalah sangat memainkan peranan kerana ianya mempengaruhi proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas. Kedudukan tempat duduk pelajar tidak boleh diubah suai bagi menggelakkan berlakunya kekeliruan sewaktu belajar. Meja guru juga terletak dibahagian hadapan kelas, dan guru berada di sekitar meja pelajar bagi membantu dalam proses pembelajaran. Penyusunan perlu berkait rapat dengan strategi dan pendekatan pengajaran pembelajaran, ini kerana pengajaran secara berkumpulan adalah diutamakan. Namun demikian, pengajaran cara kelas masih juga dijalankan. Pengurusan bilik pembelajaran juga termasuklah rutin bilik pembelajaran dan juga penyimpanan rekod yang harus di ambil kira oleh setiap pihak sekolah.
            Seterusnya adalah elemen interaksi dalam bilik darjah. Interaksi merupakan satu proses yang saling bertindak yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak. istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia. Interaksi sangat penting kerana ia dapat menentukan sama ada proses pengajaran di dalam kelas berjalan dengan baik. Jenis interaksi yang amat sesuai untuk digunakan semasa dalam bilik pembelajaran adalah interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi dua hala antara murid dan murid dan interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Dalam memastikan proses (PdPc) yang berkesan guru tidak boleh mengamalkan hanya interaksi sehala atau tradisional kerana hanya guru yang akan mengawal segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menyebabkan tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid. Dalam berinteraksi juga guru perlu bijak mengawal keadaan emosi bilik darjah seperti suara guru hendaklah jelas serta sikap guru yang positif dan mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai di dalam kelas iaitu gaya demokratik merupakan interaksi dua hala yang sangat sesuai digunakan.
            Elemen yang turut diberikan perhatian oleh pihak sekolah dalam usaha merangka strategi pengurusan bilik pembelajaran ialah pengurusan iklim bilik pembelajaran yang positif. Suasana bilik darjah yang kondusif penting bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru hendaklah bijak dalam mengawal suasana emosi bilik darjah supaya pelajar dapat belajar dengan lebih selesa dan tanpa tekanan. Guru juga harus bijak menwal intonasi suara iaitu jelas, terang, semula jadi, tidak tegang dan bercorak perbualan. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang demokratik menggalakkan pelajar untuk bekerjasama dengan guru. Pelajar akan lebih mementingkan tugasan, menunjukkan inisiatif dan sikap toleransi antara satu sama lain. Selain itu guru juga perlu menyelitkan unsur kelucuan dalam P&P supaya pelajar tidak mudah cepat bosan dan mengantuk ketika belajar di dalam kelas. Penggunaan alat bantu mengajar yang menarik juga perlu untuk meningkatkan lagi kefahaman pelajar ketika mempelajari sesuatu topik pembelajaran yang agak susah.
            Secara kesimpulannya, strategi pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan tiga elemen penting seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Selain itu juga, peranan daripada guru adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan.  Apabila bilik-bilik pembelajaran berada dalam keadaan yang terurus, maka kesemua aktiviti yang dijalankan di dalam bilik pembelajaran tersebut akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan memberi manfaat secara optimum kepada seluruh warga sekolah. 

Fail untuk dicapai:



https://drive.google.com/open?id=1Iq_QDilh-x3IVvC90PncW511s1ryjNw_ https://drive.google.com/open?id=1eQ3Xo9BdsenOtGXyeQ7jjqITGcoW4nYl

https://drive.google.com/open?id=1KOtQet8uXsn9hp-R84XyFwNVLuWptLc2


BAB 6 PENGURUSAN SUMBER






Pengurusan sumber pembelajaran merupakan aspek penting dalam proses pembelajaran Abad ke-21 kerana tanpa pengurusan yang baik, proses PdPC tidak dapat berjalan dengan lancar. Murid juga hanya akan dapat mempelajari sesuatu dengan lebih baik sekiranya pengurusan sumber di sekolah dilaksanakan dengan sistematik dan baik. Kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan melalui penggunaan sumber pendidikan yang baik, memudahkan pembelajaran dan menarik  minat murid. Penggunaan sumber pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan, membantu guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik serta membantu murid memahami perkara yang dipelajari dan seterusnya berkemahiran mengurus pembelajaran mereka secara proaktif dan bertanggungjawab.

Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alat atau bahan yang berperanan dan bertugas untuk membantu guru-guru supaya dapat menyampaikan isi pelajaran supaya pelajar dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum.  Sumber pembelajaran yang berkesan dapat membantu merangsang deria rangsangan murid-murid, kefahaman dan interpretasi maklumat kepada murid-murid, pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media, peningkatan daya ingatan, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan akhir sekali kemahiran psikomotor.

Guru-guru perlu tahu menggunakan sumber ini mengikut kesesuaian murid-murid dari segi tajuk, objektif, dan isi pelajaran. Sumber pengajaran yang digunakan juga harus menepati keperluan murid iaitu dari segi mutunya yang sesuai dengan mesej, tahan lasak serta tidak mudah rosak. Bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media pengajaran yang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik.

Oleh yang demikian, pengurusan sumber pembelajaran sangat penting kepada semua guru dan bakal guru kerana pengurusan yang sistematik melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Menerusi penggunaan bahan-bahan sumber ini, murid-murid akan lebih tertarik untuk melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan secara tidak langsung murid dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada guru.



           

            Pusat sumber merupakan suatu tempat yang dapat memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa. Pusat sumber juga menawarkan perkhidmatan yang membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran. Pusat sumber sekolah menyediakan pelbagai koleksi bahan yang lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan. Selain itu, pusat sumber juga bertindak sebagai agen perubahan di mana ia dapat memupuk potensi dan minat pelanggan di bidang pembelajaran. Pusat sumber sekolah perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

            Pusat sumber yang berkesan juga akan menggalakkan proses pembelajaran berasaskan sumber. Pusat sumber sekolah memainkan peranan yang besar dalam memastikan konsep pembelajaran berasaskan sumber berlaku di kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat. Untuk ini sangat penting bagi pusat sumber sekolah menyediakan maklumat yang mencukupi dan terkini, memudahkan maklumat tersebut dicapai dan menyediakan kemudahan kepada pengguna pusat sumber ini untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang lain. Kesedaran juga perlu wujud di kalangan pihak pentadbir sekolah akan kepentingan untuk membantu pembangunan pusat sumber bagi menggalakkan proses pembelajaran berasaskan sumber di sekolah.



RUJUKAN

Melissa Hardy, (2013), Peranan Dan Fungsi Sumber Pembelajaran, diperoleh daripada https://www.scribd.com/document/151925498/Peranan-Dan-Fungsi-Sumber-Pembelajaran dicapai pada 21 Oktober.




BAB 14 PENDIDIKAN ABAD KE 21

RUMUSAN Pendidikan abad ke 21 merupakan didikan yang meluas dengan penggunaan bahan-bahan pendidikan digunakan dlam proses pembelaj...