Tuesday, December 11, 2018

BAB 10 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

RUMUSAN 
Kepelbagaian budaya amat penting dalam melahirkan masyarakat sekeliling yang saling hormat menghormati. Kepelbagain budaya sekolah perlu amalkan disetiap sekolah bagi melahirkan generasi yang berdikari dan bermodal insan. Selain itu, budaya sekolah mendidik pelajar menjadi seorang yang berani mencorak kehidupan mereka. Pembelajaran berasaskan pelbagai budaya ini amat membantu dalam pengurusan sekolah yang mempunyai pelajara yang majmuk di sekolah. Pelbagai budaya ini turut membantu dalam mengeratkan hubungan diantara pelajar malah hubungan diantara guru juga dapat dieratkan. Hal ini demikian kerana, kepelbagaian budaya ini membantu menyatu padukan semua kaum di Malaysia dengan memahami adat, budaya dan agama mereka dan perkara ini turut di ajar di sekolah bagi memastikan para pelajar memahami kaum yang berlainan dengan mereka. Kepelbagaian buudaya dapat diterapka dengan percampuran kaum di dalam satu kelas bagi membiasakan pelajar untuk bergaul mesra dengan kaum yang lain.
Pelbagai pendekat yang dilakukan bagi mencapai atau meningkatkan pemahaman dan penerimaan terhadap pelbagai budaya. Antaranya ialah pandangan sejarah yang seimbang, infuse kandungan dan idea pelbagai budaya dalam kurikulum pendidikan dan mendidik kefahaman dan penerimaan pelbagai budaya. Pendekatan ini penting bagi memastikan mencapai pemahaman dan penerimaan terhadap pelbagai budaya melalui dengan pendidikan. Tujuan pendekatan ini dijalankan bagi memastikan tiada jurang perbezaan diantara semua kaum di Malaysia dan mengeratkan lagi hubungan diantara kaum dengan menghormati perbezaan nilai-nilai agama, budaya dan bahasa.
Keseimbangan pandangan sejarah amat penting bagi memastikan Malaysia kekal hidup dengan harmoni. Sejarah pendidikan di Malaysia pada mulanya sistem pendidikan yang tidak formal dan formal dan objektif pendidikan yang berubah dari masa ke semasa bagi memastikan tidak berlakunya permasalahan diantara kaum. Selain itu, idea pelbagai budaya dan kurikulum pendidikan ditingkatkan bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kepelbagaian budaya dalam masyarakat yang majmuk. Ini menyebabkan kepelbagaian budaya penting diwujudkan dalam kurikulum dengan memasukkan beberapa tokoh dan budaya dari pelbagai etnik atau menggalakan pembacaan yang berkaitan dengan kepelbagaian budaya di dalam kelas. Hal ini demikian memudahkan pelajar untuk memahami kaum yang lain. Selain itu, bimbingan dari para guru turut membantu dalam melaksanakan kepelbagaian budaya melalui kurikulum. Dengan membimbing pelajar di dalam kelas dan menerapkan pengetahuan mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Para guru juga perlu memastikan pelajar menghormati dan mempunyai hubungan yang positif dengan pelajar berlainan etnik.

Mendidik kefahaman dan penerimaan pelbagai budaya, ini merupakan peranan penting bagi para guru kerana mereka seharusnya memahami perbezaan dan kepelbagaian kerana mereka ini akan akan membantu dalam mendidik pelajarnya untuk lebih berinteraksi di dalam satu ruang (bilik darjah) atau sistem pembelajaran mahupun di dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu menghakis semangat kekitaan dalam kalangan pelajar malah meruntuhkan sempadan diantara perbezaan budaya, agama dan bahasa dan sentimen etnik yang menghalang berlakunya perhubungan atau interaksi diantara kaum dengan harmoni dan positif.
Dengan adanya pengurusan pelbagai budaya ini mampu mengurangkan perbalahan diantara kaum dan mengeratkan lagi hubungan diantara kaum dengan adanya pengetahuan da kefahaman yang tinggi tentang kepelbagaian budaya.

Fail boleh dicapai:
https://drive.google.com/open?id=1MJBflMo8KzEWoYQRKKf4My6LVWPGFzKh
https://drive.google.com/open?id=1-Y5SutgCjcIEGwNKFJlMbMhayvj-JupZ
https://drive.google.com/open?id=1ryfAi7G9Th-PV_r4w5jFzeBHjM16J8Fl



No comments:

Post a Comment

BAB 14 PENDIDIKAN ABAD KE 21

RUMUSAN Pendidikan abad ke 21 merupakan didikan yang meluas dengan penggunaan bahan-bahan pendidikan digunakan dlam proses pembelaj...