Tingkah laku di sekolah
dapat diperlihatkan di dalam pelbagai jenis bentuk dan ragam. Keadaan yang
sesuai amat perlu bagi memastikan para pelajar mendapat suasana yang selesa
semasa belajar. Sekiranya mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan
sekeliling, hal demikian akan menjejaskan prestasi pelajaran serta keupayaan
mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain. Tingkah laku yang sering
dibincangkan di sekolah ialah berkenaan dengan tingkah laku hiperaktif, tingkah
laku bimbang dan tingkah laku yang melibatkan permasalahan disiplin di sekolah.
Masalah-masalah yang ada akan menyebabkan proses PdP terganggu dan tidak dapat
berjalan dengan lancar Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran
rumah seperti tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Faktor
seterusnya adalah persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan
berfokus pada peperiksaan. Murid akan
rasa tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, tidakmenarik perhatian dan tidka
mempunyai objektif yang jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid
bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal sekoalah yang padat, panas dan bising
menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif. (SaayahAbu:2008).
Di dalam pengurusan
tingkah laku, guru harus menetapkan matlamat tingkah laku yang betul yang harus
ditunjukkan oleh murid tersebut. Guru harus mengenal pasti tingkah laku
bermasalah yang ditunjukkan oleh seseorang murid. Guru mesti terus modifikasi
tingkah lakunya sehingga murid tidak mengharapkan lagi ganjaran ekstrinsik dan
menunjukkan tingkah laku yang betul kerana motivasi intrinsiknya.
Antara langkah yang
boleh dilakukan ialah pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak
diingini. Guru harus melupuskan tingkah laku yang tidak dikehendaki melalui
proses penghapusan (melalui mengenakan denda). Jika guru gagal mengawal tingkah
laku murid dengan menggunakan peneguhan yang positif, guru perlu menggunakan
peneguhan negative dalam bentuk denda atau hukuman.
Melalui teknik
modifikasi, guru perlu menggunakan satu sistem pengurusan tingkah laku
bermasalah dengan membuat pemantaun dan penilaian dalam bilik darjah.
Penyimpanan rekod salah laku murid-muridnya seperti’ bila ia berlaku dan
bagaimana ia berlaku’ kerana proses merokod ini amat penting dalam teknik
memodifikasikan tingkah laku. Antara teknik modifikasi lain ialah peneguhan. Di
dalam peneguhan positif, kebarangkalian berulangnya tingkah laku yang diingini
yang ditambah manakala melalui peneguhan negetif kebarangkalian berulang
tingkah laku operan di tambah dengan memindah atau menghapuskan stimuli yang
menggunakan.
Pengenaan denda pula
adalah bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini.
Semua hukuman denda harus dimaklumkan kepada murid dan pihak sekolah menentukan
bahawa sesuatu hukuman betul-betul dilaksanakan. Behavioris berpendapat bahawa
tingkah laku yang baik itu diberi ganjaran dan jjuga pada masa yang sama diberi
hukuman terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Skinner pula berpandangan
bahawa denda itu hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.
Reverse psychology pula
menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negetif kepada positif.
Kemahiran guru untuk memahami psikologi murid, mengenal pasti sikap, pandangan
dan pemikiran dalamannya adalah amat diperlukan. Selain itu, Shaping pula
merupakan satu usaha memberikan ganjaran kepada murid setiap kali dia semakin
hampir kepada tingkah laku yang baik. Ganjaran yang ditawarkan oleh guru
menjadi semakin besar apabila murid bergerak kea rah pencapaian tigkah laku
yang ditetapkan.
Kesimpulannya,
pengurusan tingkah laku ini adalah bermula daripada guru dengan menunjukan
tingkah laku yang baik terlebih dahulu. Setiap murid mempunyai sikap yang
berbeza maka guru hendaklah belajar untuk memahami sikap murid dan mengambil
tindakan yang sewajarnya keatas sesuatu tindakan itu. Selain itu,Pendidik
hendaklah memahami mengapa pelajar melakukan masalah tingkah laku yang ada dan
mencari jalan penyelesaian yang paling sesuai untuk menangani masalah-masalah
tersebut. Tindakan terus menghukum pelajar tanpa memahami tingkah laku mereka
tidak akan menyelesaikan masalah tingkah laku yang dibuat oleh pelajar tersebut
malahan mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada.
RUJUKAN
Ghani, M. F. A.,
Radzi, N. M., Ghavifekr, S., Kenayatullah, H. B., & Muhamad, M. (2017).
pengurusan disiplin murid di sekolah kawasan bandar dan luar bandar: Perspektif
pemimpin
sekolah. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan
Pendidikan, 1(1), 7-40.
Walker, P.
(2014). Student misconduct in the United Kingdom. Dalam C. J. Russo, I. J. O.
Oosthuizen & C. C. Wolhuter (Ed.), Best practices for student misconduct on
six continents. New York, NY: Rowman and Littlefield.
Kamus Dewan. (edisi keempat). (2005). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
RUMUSAN
Fail untuk dicapai:
https://drive.google.com/open?id=1Iq_QDilh-x3IVvC90PncW511s1ryjNw_ https://drive.google.com/open?id=1eQ3Xo9BdsenOtGXyeQ7jjqITGcoW4nYl
https://drive.google.com/open?id=1KOtQet8uXsn9hp-R84XyFwNVLuWptLc2.
No comments:
Post a Comment