Tuesday, December 11, 2018

BAB 9 PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

RUMUSAN

Guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi guru juga adalah  pembimbing dan penasihat pelajar. Pelajar perlu dibimbing untuk mencapai pengetahuan dan tingkah laku yang menyumbang kepada pembelajaran berkesan. Pelajar perlukan bimbingan untuk perancangan pendidikan, kehendak akademik di sekolah. Seterusnya, mengatasi kemerosotan akademik. Guru perlu lihat kemerosotan disiplin yang akan jejaskan persekitaran dan pendidikan di sekolah. Oleh itu, pelajar perlukan bimbingan yang sewajarnya daripada pihak guru.

Implikasi pelaksanaan bimbingan dan penasihat ini membolehkan pelajar memahami persekitaran sekolah, memahami dirinya dan orang lain, dapat membuat pilihan dengan bijak dan tepat. Kesedaran terhadap perkembangan akademik dan kerjaya juga akan timbul dalam diri pelajar apabila adanya dorongan daripada guru. Ia juga akan mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dan pelajar seterusnya dapat mewujudkan suasan pembelajaran yang positif di sekolah.

Antara tugasan yang perlu dilakukan dalam pengurusan penasihatan murid ini ialah, menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbngan dan kaunseking sekolah. Selain itu guru juga bertanggunjawab untuk merancang, mengawal selia dan mengemas kini rekod dan inventori murid. Guru berkenaan juga perlu mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada semua murid melalui sebarang media yang sesuai. Selain itu, segala aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar yang merancang perkembangan murid secara optimum hendaklah dikelolakan dan bertanggungjawab untuk melaksanakan.

Antara jenis perkhidmatan binbingan yang disediakan ialah perkhidmatan memberi maklumat (menyebarkan maklumat pelajaran, kerjaya dan lain-lain) ,  perkhidmtan petempatan(membantu murid-murid memilih kegiatan bidang kokurikulum yang sejajar dengan kebolehan, minat dan kemampuannya), perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah (memupuk rasa benci terhadap dadah), perkhidmatan perundingan dan rujukan (merancang bersama-sama guru tentang cara-cara yang paling berkesan untuk megawasi kemajuan murid-murid) , perkhidmatan  penyelarasan sumber (menjadi penyelaras untuk kebajikan majikan, agensi-agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah) , perkhidmatan  dengan ibu bapa (Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mewujudkan disiplin di kalangan murid-murid) dan perkhidmatan penilaian (mengadakan program pembimbing rakan sebaya dan program latihan).

Pembimbing dan penasihat yang berkesan  merupakan hubungan interpersonal, menekankan aspek kemanusiaan, berupaya melihat, memahami dan menerima diri sendiri serta diri pelajar. Selain itu, nilai dan tingkah laku pembimbing perlu dibina sebelum langkah mengatasi membimbing dilakukan. Guru juga perlu mengamalkan penerimaan tanpa syarat di mana mereka prihatin terhadap murid dengan cara memberi perhatian tanpa batasan penilaian teerhadap aspek pemikiran,perasaan. Guru juga hendaklah melayan murid seadanya seperti bersedia menerima pelajar walau bagaimana keadaan sekalipun dan sentiasa berhati-hati dalam pertuturan agar tidak disalah tafsir oleh pelajar.

Kesimpulannya generasi  muda khususnya para pelajar sekolah merupakan aset yang amat bernilai dalam pembangunan negara. Sebagai pendidik, guru memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi muda yang berkualiti tinggi. Program bimbingan dan kaunseling sesebuah sekolah amat penting dalam usaha institusi terbabit untuk melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama seterusnya akan dapat menerajui tampuk kepimpinan negara dengan baik pada masa hadapan. pengurusan penasihatan murid merupakan suatu bentuk untuk memberi bimbingan dan panduan kepada murid untuk membuat pilihan yang baik untuk kehidupan mereka dan ianya juga merupakan suatu tugas yang memerlukan ibu bapa, pihak sekolah, guru dan murid untuk memberi kerjasama bagi sama-sama terlibat untuk membantu. Bimbingan, penasihatan dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Langkah yang berbeza ini bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah konflik dan matlamat tersendiri. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus diwujudkan agar mereka menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang diri mereka.

RUJUKAN
Zuraidah Abdul Rahman (1994). Pembimbing Rakan Sebaya. Kuala Lumpur: IBSBuku. Sdn. Bhd.
Othman Mohamed. (2005). Prinsip psikoterapi dan pengurusan dalam kaunseling . Ed. Ke-2. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

File boleh dicapai melalui:

No comments:

Post a Comment

BAB 14 PENDIDIKAN ABAD KE 21

RUMUSAN Pendidikan abad ke 21 merupakan didikan yang meluas dengan penggunaan bahan-bahan pendidikan digunakan dlam proses pembelaj...