RUMUSAN
Secara
rumusnya, bilik pembelajaran ialah bilik-bilik di sekolah dimana sekumpulan
murid atau pelajar mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru. Pembelajaran
tidak semata-mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran,
tetapi mencakupi pelajar-pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan
berinteraksi antara satu sama lain di dalamnya. Strategi pengurusan bilik
pembelajaran di sesebuah sekolah haruslah dititikberatkan kerana ia sangat
mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Terdapat tiga aspek
atau elemen utama bilik pembeajaran iaitu unsur fizikal bilik pembelajaran, interaksi
dalam bilik pembelajaran, dan mengurus iklim pembelajaran positif.
Keberkesanan Pendidikan Abad ke-21
bukan sekadar tertumpu pada prasarana dan susun atur bilik darjah tetapi
penentu utama kejayaan adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan
murid bukan berpusatkan guru semata. Namun begitu, bagaimana susunan meja dan
kerusi ini disusun di dalam kelas adalah sangat memainkan peranan kerana ianya
mempengaruhi proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas.
Kedudukan tempat duduk pelajar tidak boleh diubah suai bagi menggelakkan
berlakunya kekeliruan sewaktu belajar. Meja guru juga terletak dibahagian
hadapan kelas, dan guru berada di sekitar meja pelajar bagi membantu dalam
proses pembelajaran. Penyusunan perlu berkait rapat dengan strategi dan
pendekatan pengajaran pembelajaran, ini kerana pengajaran secara berkumpulan
adalah diutamakan. Namun demikian, pengajaran cara kelas masih juga dijalankan.
Pengurusan bilik pembelajaran juga termasuklah rutin bilik pembelajaran dan
juga penyimpanan rekod yang harus di ambil kira oleh setiap pihak sekolah.
Seterusnya adalah elemen interaksi
dalam bilik darjah. Interaksi merupakan satu proses yang saling bertindak yang
berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak. istilah dua pihak bermaksud
sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia. Interaksi
sangat penting kerana ia dapat menentukan sama ada proses pengajaran di dalam
kelas berjalan dengan baik. Jenis interaksi yang amat sesuai untuk digunakan
semasa dalam bilik pembelajaran adalah interaksi dua hala antara guru dan
murid, interaksi dua hala antara murid dan murid dan interaksi pelbagai hala
antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Dalam memastikan proses (PdPc)
yang berkesan guru tidak boleh mengamalkan hanya interaksi sehala atau
tradisional kerana hanya guru yang akan mengawal segala aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas menyebabkan tiada interaksi yang berlaku antara
murid dengan murid. Dalam berinteraksi juga guru perlu bijak mengawal keadaan
emosi bilik darjah seperti suara guru hendaklah jelas serta sikap guru yang
positif dan mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai di dalam kelas iaitu gaya
demokratik merupakan interaksi dua hala yang sangat sesuai digunakan.
Elemen yang turut diberikan
perhatian oleh pihak sekolah dalam usaha merangka strategi pengurusan bilik
pembelajaran ialah pengurusan iklim bilik pembelajaran yang positif. Suasana
bilik darjah yang kondusif penting bagi mewujudkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Guru hendaklah bijak dalam mengawal suasana emosi
bilik darjah supaya pelajar dapat belajar dengan lebih selesa dan tanpa
tekanan. Guru juga harus bijak menwal intonasi suara iaitu jelas, terang,
semula jadi, tidak tegang dan bercorak perbualan. Suasana pengajaran dan
pembelajaran yang demokratik menggalakkan pelajar untuk bekerjasama dengan
guru. Pelajar akan lebih mementingkan tugasan, menunjukkan inisiatif dan sikap
toleransi antara satu sama lain. Selain itu guru juga perlu menyelitkan unsur kelucuan
dalam P&P supaya pelajar tidak mudah cepat bosan dan mengantuk ketika
belajar di dalam kelas. Penggunaan alat bantu mengajar yang menarik juga perlu
untuk meningkatkan lagi kefahaman pelajar ketika mempelajari sesuatu topik
pembelajaran yang agak susah.
Secara kesimpulannya, strategi
pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan tiga elemen penting seperti
unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Selain itu juga, peranan
daripada guru adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin
disampaikan. Apabila bilik-bilik
pembelajaran berada dalam keadaan yang terurus, maka kesemua aktiviti yang
dijalankan di dalam bilik pembelajaran tersebut akan dapat dilaksanakan dengan
lebih berkesan dan memberi manfaat secara optimum kepada seluruh warga sekolah.
Fail untuk dicapai:
https://drive.google.com/open?id=1Iq_QDilh-x3IVvC90PncW511s1ryjNw_ https://drive.google.com/open?id=1eQ3Xo9BdsenOtGXyeQ7jjqITGcoW4nYl
https://drive.google.com/open?id=1KOtQet8uXsn9hp-R84XyFwNVLuWptLc2
Fail untuk dicapai:
https://drive.google.com/open?id=1Iq_QDilh-x3IVvC90PncW511s1ryjNw_ https://drive.google.com/open?id=1eQ3Xo9BdsenOtGXyeQ7jjqITGcoW4nYl
https://drive.google.com/open?id=1KOtQet8uXsn9hp-R84XyFwNVLuWptLc2
No comments:
Post a Comment