RUMUSAN
Kesimpulannya, hubungan sekolah dengan persekitaran sangat penting dalam usaha mendidik para pelajar ke arah yang lebih cemerlang. Hal ini demikian kerana, hubungan dua elemen ini sangat berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Kesimpulannya, hubungan sekolah dengan persekitaran sangat penting dalam usaha mendidik para pelajar ke arah yang lebih cemerlang. Hal ini demikian kerana, hubungan dua elemen ini sangat berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Misalnya hubungan sekolah dan masyarakat
penting untuk mendapatkan aspirasi dan simpati daripada masyarakat. Aspirasi
dan simpati daripada masyarakat dapat menghasilkan jalinan kerjasama yang baik
antara dua pihak untuk menjayakan program-program sekolah. Hal ini demikian
kerana, melalui sokongan dan dorongan daripada masyarakat, pihak sekolah mampu
menghasilkan sesebuah program dengan mendapat sambutan yang sangat baik kerana
tiada tentangan yang diterima daripada masyarakat. Malah tidak mustahil juga,
masyarakat yang akan menjadi penyumbang dan penyokong utama program tersebut.
Selain
itu, hubungan guru dan ibu bapa juga penting dalam usaha melahirkan pelajar
yang cemerlang. Permuafakatan antara sekolah dan ibu bapa haruslah ibarat aur
dan tebing untuk menjana kecemerlangan sekolah. Hal ini demikian kerana, ibu
bapa merupakan insan yang terdekat dengan pelajar dan segala tindakan dan
pergerakan pelajar adalah tanggungjawab ibu bapa itu sendiri. Jika ibu bapa
rapat dengan sekolah, mereka akan faham akan apa-apa program yang dibuat oleh
sekolah adalah demi kecemerlangan anak mereka nanti dan mereka akan
menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai program tersebut. Situasi seperti
ini akan mampu melahirkan masyarakat madani yang akan menyumbang ke arah
kecemerlangan pelajar.
Bukan itu sahaja, malah guru juga merupakan
insan penting dalam menjana kecemerlangan pelajar. Hal ini demikian kerana,
guru merupakan ibu bapa pelajar di sekolah kerana mereka adalah orang tengah
antara pelajar dan ibu bapa. Segala pemasalahan yang dihadapi oleh pelajar akan
dibantu oleh guru dan guru akan menyampaikan masalah tersebut kepada ibu bapa.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa guru memainkan peranan penting di sekolah
dalam menjaga kebajikan para pelajar.
Seterusnya, seluruh warga sekolah dan
masyarakat perlu peka dengan isu pendidikan semasa. Mereka perlu sentiasa
bersedia dengan polisi-polisi pendidikan yang sentiasa berubah-ubah. Hal ini
kerana, polisi pendidikan yang ditetapkan sangat memberi kesan kepada
pendidikan para pelajar. Oleh sebab itu, semua pihak termasuk pelajar sendiri
seharusnya sentiasa mengambil tahu tentang isu pendidikan semasa.
Akhir
sekali, segala perkara yang berkaitan dengan pendidikan haruslah
berorientasikan maklumat yang mana kita perlu bersungguh-sungguh mengejar
maklumat baru yang berkaitan dengan pendidikan serta isu semasa. Hal ini
demikian kerana pendidikan dan globalisasi sangat berkait rapat, sehingga
apa-apa sahaja maklumat atau isu pendidikan yang baharu akan dengan mudahnya
tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Maka, semua pihak haruslah berusaha mencari
kesahihan akan tentang maklumat dan isu yang dibangkitkan agar tidak berlaku
salah faham kelak.
Semua pihak, tidak kira masyarakat guru, ibu
bapa mahupun pelajar itu sendiri perlu berganding bahu untuk meningkatkan taraf
pendidikan di negara ini.
RUJUKAN
Azyyati
Zainuddin. (2014, May 12). Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan
sosioemosi kanak-kanak. Diperoleh daripada
https://www.slideshare.net/weydwyda/faktorfaktor-yang-mempengaruhiperkembangan-sosioemosi-kanakkanak
http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=sekolah
Fail boleh dicapai:
https://drive.google.com/open?id=1_-6xIKz_c_O4JLN1SNcevda6z5Rp2SNW
https://drive.google.com/open?id=1TBVLNhd9nJIlJoLslLELOLiiBhKaJ2_-
https://drive.google.com/open?id=10bKSICxfxldIc5GhOcAwB28HE_ZRO9ub
https://drive.google.com/open?id=1TBVLNhd9nJIlJoLslLELOLiiBhKaJ2_-
https://drive.google.com/open?id=10bKSICxfxldIc5GhOcAwB28HE_ZRO9ub
No comments:
Post a Comment