RUMUSAN
Pengurusan
murid pelbagai upaya ialah fokus kepada pembelajaran pelajar yang kurang upaya
(OKU) atau bekeperluan khas. Pendidikan boleh terbahagi kepada dua iaitu
inklusif dan pendidikan khas.
Pendidikan
inklusif ialah pendidikan umum iaitu individu yang boleh diertikan sebagai
cergas-pintar namun mempunyai kecacatan dan telah diberi peluang menerima
pendidikan secara normal iaitu pendidikan umum. Pendidikan ini memberi peluang
kepada pelajar jurang upaya untuk belajar bersama-sama dengan pelajar normal
dengan bantuan bimbingan para guru yang telah diberi latihan khas. Para guru
yang telah menerima latihan khas ini dapat membantu pelajar yang bekeperluan
khas dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Menakala,
pendidikan khas pula ialah program pendidikan yang dirancang khusu untuk
kanak-kanak atau pelajar istimewa. Dimana merujuk kepada pendekatan, rnacangan
pendidikan, strategi kaedag da teknik mengajar untuk kanak-kanak bukan normal
tetapi luar biasa kerana mereka tidak sanggup untuk menerima faedah dan
pencapaian dari program sekolah biasa. Dengan adanya pendidikan khas ini, dapat
membantu pelajar kurang upaya dalam menyelaras dengan kehidupan sama dengan
orang biasa dan mereka dapat menjadi lebih berguna malah dapat menyumbang
kepada rakan-rakan yang normal dan juga ini akan membantu membentuk keharmonian
sekeliling.
Terdapat
beberapa halangan untuk menyediakan pendidikan khas yang berkualiti. Antaranya
ialah kurang penekanan diberikan kepada perkhidmatan intervensi awal, sikap
negatif para guru yang tidak menyokong atau membantu pelajar yang bekeperluan
khas ini untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Selain itu, kurangnya latihan
keguruan untuk guru biasa dalam mengurus pelajar bekeperluan khas yang mendapat
pendidikan inklusif di sekolah normal dan kekurangan kakitangan bantuan yang
membantu di dlam bilik darjah khas atau biasa. Malah, kegaglan menjalankan
pengubahsuaian dalam persekitaran sekolah juga merupakan penyumbang kepada
halangan dalam menyediakan pendidikan khas yang berkualiti di sekolah khas
mahupun di sekolah khas.
Pendidikan
pelajar yang bekeperluan khas ini di kategorikan dalam beberapa jenis yang
menyebabkan mereka ini memerlukan pendidikan khas. Kurangnya upaya fizikal seperti
mengalami kecacatan anggota badan seperti penyakit Polio, kudung, mascular
dystrophy, myopathy,neuropathy dan osteogenesis imperfecta. Kebiasaannya mereka
akan menggunakan tongkat atau berkerusi roda untuk bergerak. Kurang upaya dari
segi pendengaran, jenis kurang upaya ini sama sahaja dengan orang normal tetapi
tidak boleh melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan percakapan dan
pendengaran. Kekurangan upaya dari segi mata pula menyebabkan mereka ini
berjalan menggunakan tongkat bagi membantu menunjuk arah jalan yang betul.
Malah mereka juga akan di ajar menggunakan tulisan braille bagi membantu mereka
untuk membaca dengan menggunakan daya deria rasa atau sentuhan. Masalah
pembelajaran merupakan salah satu dari jenis kurang upaya seperti kesukaran yang
nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan
ataumenyelesaikan masalah matematik.
Ciri
pengurusan murid pelbagai upaya dapat dibantu dengan para guru atau kakitangan
bantuan perlu bijak mengawal keadaan emosi pelajar dan menghadapinya dengan
tenang dan ada sebarang panik semasa pelajar tersebut mengamuk secara
tiba-tiba. Pelajar juga perlu dikelaskan mengikut tahap pembelajaran dan usia
bagi memudahkan proses pengajran bagi memudahkan pelajar kurang upaya ini
memahami dan mengikuti proses pembelajaran. Mempelbagaikan kaedah pengajaran
dan perlulah menarik dan mengikut tahap pemikiran pelajar dan subjek yang
diajar adalah subjek pengurusan diri dan sains sosial.
Pelajar kurang upaya ini memerlukan teknik pengajaran yang bersesuaian untuk mereka mudah memahami dan mengikuti pelajaran di dalam kelas dan boleh melahirkan pelajar kurang upaya yang boleh berdikari dengan hasil pembeajaran di dalam kelas.
Pelajar kurang upaya ini memerlukan teknik pengajaran yang bersesuaian untuk mereka mudah memahami dan mengikuti pelajaran di dalam kelas dan boleh melahirkan pelajar kurang upaya yang boleh berdikari dengan hasil pembeajaran di dalam kelas.
Rujukan:
Dahalan.
Z & Jamil. H (2011). Pendidikn pelbagai budaya merealisasikan negara bangsa
“1 Malaysia’: Perspektif Islam dan Barat. Esteem Academic Journal. Vol.7. (2,
1-18)
Eng.
J. A. J & Ed. D. (2014). Pengurusan bilik darjah: Strategi-strategi
mewujudkan komuniti pemeblajran berkesan. Selangor:n PTS Media Akademia
Fail boleh dicapai:
https://drive.google.com/open?id=1KYWigh8igKEmE1u4aJ_-7yP6OjZwjB2I
https://drive.google.com/open?id=1px8YAG14QbZy0m1WuKUcabuWx6PG9w5x
https://drive.google.com/open?id=1GrQ0SVrvQ5AbAc_UuFRoqJd_qLcOR2fU
https://drive.google.com/open?id=1px8YAG14QbZy0m1WuKUcabuWx6PG9w5x
https://drive.google.com/open?id=1GrQ0SVrvQ5AbAc_UuFRoqJd_qLcOR2fU
No comments:
Post a Comment