RUMUSAN
Pendidikan abad
ke 21 merupakan didikan yang meluas dengan penggunaan bahan-bahan pendidikan
digunakan dlam proses pembelajaran da pembelajaran. Pendidikan abad ke 21 ini
selaras dengan kemajuan teknologi dan melahirkan individu yang berketerampilan
yang berfikiran di luar kotak, mampu mengakses, dan menganalisis maklumat yang
telah di pelajari.
Pendidikan abad
ke 21 ini lebih mementingkan kaedah pembelajaran yang bersesuaian dengan
pelajar. Dimana pelajar diajar dengan beberapa kaedah pembelajaran bagi
memudahkan mereka memahami apa yang mereka pelajari di dalam kelas. Hal ini
kerana, setiap pelajar berbeza kaedah pembelajan mereka.( zubaidah. S ,2016)
Pembelajaran
abad ke 21 ini berteraskan prinsip 4’C’ iaitu
communication,critical thinking, collaboration, dan creativity. Dengan menerapkan prinsip ini pelajar dapat
bekerjasama dan berkomunikasi di masa yang sama dalam menyelesaikan masalah.
Contohnya, pelajara membuat perbincangan dalam menyelesaikan masalah dan
meluahkan pendapat masing-masing secara tidak langsung pelajar telah
bekerjasama dan berkomunikasi dalam menyelesaikan masalah.
Selain itu,
pelajar juga dapat melahirkan pemikiran inovatif dan pemikiran yang kreatif
dengan bantuan bimbingan guru di dalam kelas. Pelajar dibenarkan membuat reka
bentuk dan dipantau oleh para guru supaya pelajar dapat merealisasikan idea
kreatif mereka. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan pembelajaran
berasaskan teknologi bagi memudahkan mereka mengakses bahan-bahan rujukan
pembelajaran mereka. Kaedah ini selaras dengan pendidikan abad ke 21 yang lebih
menerapkan nilai teknologi dan global dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penyusunan atur
bilik darjah abad ke 21 yang melibatkan hubungan antara pelajar dan guru.
Pengurusan bilik darjah ini membantu para guru untuk mengawal, mengelola,
membuat refleksi dan berhubung dengan pelajar. Susun atur meja di kelas juga
penting dalam mewujudkan suasan pembelajaran abad ke 21. Susun atur meja yang
berasaskan perbincang dimana pelajar dapat bergiat aktif dalam aktiviti
perbincangan yang diadakan. Selain itu, penggunaan kaedah classroom trafict light merupakan salah satu kaedah pembelajaran
abad ke 21. Kaedah ini menyediakan kad board yang berlainan warna dan setiap
warna menunjukkan tahap kefahaman pelajar terhadap pembelajaran yang di ajar.
Terdapat sudut
parking lot bagi memudahkan pelajar menyatakan atau bertanya soalan yang tidak
faham semasa proses pengajran dan pembelajaran di dalam kelas. Terdapat juga
beberapa sudut bagi menunjukkan pembelajaran abad ke 21 seperti papan ganjaran,
sudut hasil kerja murid dan sudut maklumat dan sebagainya yang melibatkan
kaedah pembelajaran abad ke 21.
Kaedah
pembelajaran abad ke 21 berbeza dengan kaedah pembelajaran tradisional. Antara
kaedah pembelajaran abad ke 21 ialah pembelajarab berpusat sama ada guru atau
murid. Pembeljaran berpusat guru dimana pelajar dengar kuliah atau penerangan
dari guru manakala pembelajaran berpusatkan murid pelajar sendiri menjadi tutor
atau pengajar kepada rakan yang lain dan saling berbincang dengan pantauan
guru.
Pembelajaran
berkumpulan dimana pelajar membuat aktiviti di dalam kelas secara kumpulan sama
ada kajian lapangan atau perbincangan. Selain itu, mewujudkan komunikasi antara
pelajar jika membuat aktiviti kumpulan. Dan terdapat banyak lagi kaedah
pembelajara yang dijalankan sesuai dengan kaedah abad ke 21.
Rujukan:
Zubaidah, S. (2016, December). Keterampilan Abad ke 21:
Keterampilan yang Diajarkan melalui
Pembelajaran. In Disampaikan pada Seminar Nasional Pendidikan
dengan Tema “Isu-isu Strategis Pembelajaran MIPA Abad (Vol. 21).
O’ Sullivian. D (2007). Pembelajaran transformatif: Wawasan
pendidikan abad ke 21 terj. Transformative
learning: Educational vision for 21st century. Kuala Lumpur:
Institute terjemahan negara Malaysia Berhad.
https://drive.google.com/open?id=17TB-Y_t-yZT2_qJ16mLggroARxKe-iU9
https://drive.google.com/open?id=18VrrdgEPMHsbIr1aqK8muwOqROE_CAqJ
https://drive.google.com/open?id=13-euM72LYRW6Oq69N18rq58fsXgi1ymh
https://drive.google.com/open?id=18VrrdgEPMHsbIr1aqK8muwOqROE_CAqJ
https://drive.google.com/open?id=13-euM72LYRW6Oq69N18rq58fsXgi1ymh
No comments:
Post a Comment