RUMUSAN
Secara rumusannya, cara pembelajaran dan juga gaya
pembelajaran setiap orang adalah berlainan diantara satu sama lain. Setiap
orang akan mudah menerima ilmu melalui gaya yang berasingan. Sebagai seorang
guru, pengajaran melalui pelbagai gaya pengajaran amat penting bagi memastikan
kesemua pelajar mampu dan mudah memahami pengajaran yang dilakukan. Pengajaran
abad ke 21 amat berketepatan dalam memastikan pembelajaran lebih berkesan
kerana kesemuanya melibatkan ketiga-tiga jenis gaya pembelajaran iaitu
auditori, kinestatik dan juga visual. Antara gaya pengajaran abad ke 21 yang
diajar adalah Gallery Walk.
Sumber daripada: https://www.google.com/search?q=multiple+intelligence+theory&source
Dalam
pembelajaran, teori yang digunakan oleh Skinner amat bertepatan digunakan. Teori
penlaziman operan Skinner yang digunakan oleh Skinner yang merupakan ahli
psikologi menekankan bahawa setiap perlakuan manusia hendaklah mempunyai
rangsangan dan pengukuhan yang positif untuk menghasilkan tingkah laku yang
berulang-ulang. Teori ini telah dikemukakan oleh Skinner setelah menjalankan
kajian terhadap tikus didalam sebuah kotak. Teori penlaziman operan Skinner ini
menunjukan bahawa sesuatu pengukuhan positif yang diberikan oleh guru akan
memberikan rangsangan yang akan sentiasa diulang-ulang oleh pelajar. Oleh itu,
pengurusan pembelajaran hendaklah sentiasa disertai dengan pengkuhan yang
positif agar pelajar sentiasa mengulangi setiap pembelajaran yang diminta oleh
guru. Teori ini sama seperti teori penlaziman klasik oleh Pavlov.
Dalam
teori penlaziman klasik Pavlov pula mengemukakan teorinya melalui kajian yang
dijalankan oleh beliau bekerja dalam bahagian psikologi di Institut Kajian
Perubatan. Kajian yang dilakukan oleh Pavlov adalah keatas seekor anjing.
Pavlov melihat bagaimana anjing tersebut bertindak balas terhadap makanan.
Dalam pemerhatian tersebut, anjing akan merembeskan air liurnya apabila
mendapat makanan. Tetapi apabila dibunyikan loceng anjing tersebut tidak
mengeluarkan air liurnya. Apabila Pavlov membunyikan loceng dan memberi makanan
secara berulang kali, secara automatik apabila dibunyikan loceng anjing
tersebut akan mengeluarkan air liur walaupun tidak diberikan makanan lagi
(Nazatul Akmal, 2013).
Oleh
itu, melalui teori Pavlov ini dapat dirumuskan bahawa semakin kerap rangsangan
semakin kerap gerak balas dilakukan. Dalam pembelajaran, pelajar akan sentiasa
melakukan perkara yang baik (gerak balas) apabila guru sering memberi
pengukuhan yang positif seperti pujian, motivasi atau pemberian hadiah
(rangsangan). Dengan cara ini murid akan sentiasa melakukan teransang untuk
sentiasa melakukan sesuatu dalam pelajaran apabila mendapat pengukuhan positif
tersebut.
RUJUKAN
Amani
Abd Karim. (2010). Startegi Belajar Berkumpulan dan Pengaruhnya Terhadap
Akademik. Universiti Teknologi Malaysia. Diperoleh daripada www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/
AMANIBP 070 031D2010TTP.pdf
Kendra
Cherry. (2018). Gardner’s Theory of
Multiple Intelligences. Diperoleh daripada https://www. verywellmind .com/gardners-theory-of-multiple-intelligences-2795161
Nazatul
akmal. (2013). Teori Skinner dan Pavlov.
Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/ nahzatulakma/ teori-25993589
Fail boleh dicapai dalam:
https://drive.google.com/open?id=1Iq_QDilh-x3IVvC90PncW511s1ryjNw_ https://drive.google.com/open?id=1eQ3Xo9BdsenOtGXyeQ7jjqITGcoW4nYl
https://drive.google.com/open?id=1KOtQet8uXsn9hp-R84XyFwNVLuWptLc2
No comments:
Post a Comment