Pengurusan sumber pembelajaran merupakan aspek penting dalam proses pembelajaran Abad ke-21 kerana tanpa pengurusan yang baik, proses PdPC tidak dapat berjalan dengan lancar. Murid juga hanya akan dapat mempelajari sesuatu dengan lebih baik sekiranya pengurusan sumber di sekolah dilaksanakan dengan sistematik dan baik. Kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan melalui penggunaan sumber pendidikan yang baik, memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid. Penggunaan sumber pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan, membantu guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik serta membantu murid memahami perkara yang dipelajari dan seterusnya berkemahiran mengurus pembelajaran mereka secara proaktif dan bertanggungjawab.
Sumber
bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alat atau bahan yang
berperanan dan bertugas untuk membantu guru-guru supaya dapat menyampaikan isi
pelajaran supaya pelajar dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan
nilai berdasarkan objektif kurikulum.
Sumber pembelajaran yang berkesan dapat membantu merangsang deria
rangsangan murid-murid, kefahaman dan interpretasi maklumat kepada murid-murid,
pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media, peningkatan daya ingatan,
kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan akhir sekali kemahiran psikomotor.
Guru-guru
perlu tahu menggunakan sumber ini mengikut kesesuaian murid-murid dari segi
tajuk, objektif, dan isi pelajaran. Sumber pengajaran yang digunakan juga harus
menepati keperluan murid iaitu dari segi mutunya yang sesuai dengan mesej,
tahan lasak serta tidak mudah rosak. Bahan-bahan sumber pengajaran dan
pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media pengajaran yang boleh membantu
guru dan membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
serta membentuk sikap yang baik.
Oleh
yang demikian, pengurusan sumber pembelajaran sangat penting kepada semua guru
dan bakal guru kerana pengurusan yang sistematik melicinkan proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P). Menerusi penggunaan bahan-bahan sumber ini,
murid-murid akan lebih tertarik untuk melihat serta mendengar apa yang hendak
disampaikan oleh guru dan secara tidak langsung murid dapat memberikan tumpuan
dengan sepenuhnya kepada guru.
Pusat sumber merupakan suatu tempat
yang dapat memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa. Pusat sumber
juga menawarkan perkhidmatan yang membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal
kemahiran dalam pembelajaran. Pusat sumber sekolah menyediakan pelbagai koleksi
bahan yang lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan. Selain
itu, pusat sumber juga bertindak sebagai agen perubahan di mana ia dapat
memupuk potensi dan minat pelanggan di bidang pembelajaran. Pusat sumber
sekolah perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat
membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan
aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pusat sumber yang berkesan juga akan
menggalakkan proses pembelajaran berasaskan sumber. Pusat sumber sekolah
memainkan peranan yang besar dalam memastikan konsep pembelajaran berasaskan
sumber berlaku di kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat. Untuk ini
sangat penting bagi pusat sumber sekolah menyediakan maklumat yang mencukupi
dan terkini, memudahkan maklumat tersebut dicapai dan menyediakan kemudahan
kepada pengguna pusat sumber ini untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang
lain. Kesedaran juga perlu wujud di kalangan pihak pentadbir sekolah akan
kepentingan untuk membantu pembangunan pusat sumber bagi menggalakkan proses
pembelajaran berasaskan sumber di sekolah.
RUJUKAN
Melissa Hardy, (2013), Peranan Dan Fungsi Sumber Pembelajaran, diperoleh daripada https://www.scribd.com/document/151925498/Peranan-Dan-Fungsi-Sumber-Pembelajaran dicapai pada 21 Oktober.
Hishamuddin Jabar, (2011), Kemahiran
Akses Sumber Pembelajaran, diperoleh daripada https://www.slideshare.net/HishamuddinJabar/kemahiran-akses-sumber-pembelajaran
dicapai pada 29 Oktober.
Fail untuk dicapai:
https://drive.google.com/open?id=1Iq_QDilh-x3IVvC90PncW511s1ryjNw_ https://drive.google.com/open?id=1eQ3Xo9BdsenOtGXyeQ7jjqITGcoW4nYl
https://drive.google.com/open?id=1KOtQet8uXsn9hp-R84XyFwNVLuWptLc2
https://drive.google.com/open?id=1KOtQet8uXsn9hp-R84XyFwNVLuWptLc2
No comments:
Post a Comment