Antara aspek yang ditekankan dalam topik ini
adalah termasuklah mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar dan
memotivasikan murid. Pengurusan rekod dan penyimpanan maklumat murid amat
penting serta berguna bagi sekolah, guru kelas dan ibu bapa murid, Jabatan
Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran dan pihak lain yang berkenaan. Dengan
adanya rekod maklumat murid, pihak-pihak berkenaan boleh menggunakannya sebagai
sumber rujukan. Sistem Maklumat Murid Berkomputer mengandungi maklumat mengenai
butir-butir peribadi murid yang telah direkodkan. Dalam sistem ini mencakupi
maklumat senarai rekod kesihatan murid seperti alahan, semput, sakit jantung
dan sebagainya. Maklumat ini sangat penting sebagai langkah-langkah
keselamatan. Rekod kedatangan harian murid juga terdapat dalam sistem ini.
Sistem maklumat berkomputer ini juga memudahkan urusan pertukaran sekolah dan
memudahkan pendaftaran. Guru perlu menitikberatkan pemantapan sistem pengurusan
pelajar seperti kad 001 pelajar, profil murid perlu kemas dan teratur serta
perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar.
Selain
itu, konsep kesediaan pelajar juga perlu diambil kira dari segi kesediaan kognitif,
afektif dan psikomotor. Kesediaan kognitif merujuk kepada peringkat
perkembangan mental untuk menerima rangsangan dan memahaminya, menaakul dan
berfikir serta dapat menghubungkaitkan pengalaman sedia ada seseorang. Ia lebih
berkait rapat dengan mental untuk memahami dan berfikir. Sebagai contoh,
ketika kita membaca bahan dalam bab ini dan cuba memahaminya, kita sedang
menekankan aspek kognitif. Begitu juga ketika kita mendengar dan cuba memahami
kuliah yang disampaikan oleh pensyarah. Apabila seseorang individu telah
mencapai kesediaan mental, pencapaian akademiknya adalah selaras dengan usaha
dan latihan yang dilaluinya.
Kesediaan afektif merujuk kepada sikap, keinginan, ketekunan, perasaan,
minat dan nilainya untuk menerima pelajaran yang disampaikan. Apabila pelajar
mempunyai kesediaan afektif yang positif, secara tidak langsung mereka akan
menjadi aktif dan mudah untuk menerima pembelajaran. Malahan ini menjadi
dorongan kepada mereka untuk lebih berjaya. Ianya berbeza dengan pelajar yang
tidak mempunyai kesediaan dari segi afektif, mereka berkemungkinan tidak dapat
menerima pengajaran guru dengan sempurna dan boleh menimbulkan masalah kepada
pelajar lain yang bersama-sama mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.
Kesediaan psikomotor merujuk kepada penguasaan kemahiran yang berpusat kepada tindakan fizikal termasuklah perkembangan fizikal iaitu fungsi anggota dan pengawalan penyelarasan penggerak dalam seluruh tubuh badan. Sebagai contoh, dalam sesuatu permainan, teknik menggunakan taktik menjadi salah satu faktor yang boleh memberikan kemenangan dalam sesuatu permainan. Tidak cukup dengan menggunakan taktik sahaja, sikap ingin menang yang ditanam dalam diri juga mampu menentukan sesuatu kejayaan dalam permainan. Sumber pengajaran dan pembelajaran yang bergerak hendaklah mengandungi gambar yang besar dan menarik serta huruf-huruf besar saiznya. Hal ini demikian kerana akan memudahkan penglihatan murid. Dengan itu, ternyata bahawa kesediaan psikomotor amat penting bagi kanak-kanak untuk mencapai koordinasi pergerakan otot yang sempurna. Segala aktiviti dan alat bantu mengajar yang disediakan oleh guru hendaklah sejajar dengan kesediaan psikomotor murid-muridnya.
Fungsi utama sebagai seorang guru,
adalah berusaha untuk memotivasi pelajar untuk belajar. Di sekolah terdapat
beratus-ratus pelajar. Jadi, akan wujud pelbagai jenis ragaman pelajar yang
berbeza. ada pelajar yang tahap motivasinya rendah, ada pelajar yang tahap
motivasinya tinggi. Jadi, sebagai seorang bakal guru, kita mestilah mampu
mengenalpasti pelajar-pelajar di sekolah dan bagaimanakah ciri-ciri pelajar yang
akan kita hadapi. Ini boleh berlaku sekiranya anda boleh membuat pelajar itu
memberi sepenuh perhatian, berdisiplin dan bertingkah laku baik semasa sesi
pengajaran anda. Setiap pelajar di sekolah memerlukan pendidikan yang baik yang
boleh guru tawarkan.
Fail boleh dicapai:
https://drive.google.com/open?id=1Iq_QDilh-x3IVvC90PncW511s1ryjNw_ https://drive.google.com/open?id=1eQ3Xo9BdsenOtGXyeQ7jjqITGcoW4nYl
https://drive.google.com/open?id=1KOtQet8uXsn9hp-R84XyFwNVLuWptLc2Kesimpulannya, penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran. Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang.
No comments:
Post a Comment