RUMUSAN
Berdasarkan
tajuk yang diberikan iaitu Pengurusan Alam Pembelajaran dapat dirumuskan bahawa tugas guru sebagai
seorang pengurus di dalam kelas adalah sangat penting. Hal ini kerana,
kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan dapat mewujudkan
suasana yang kondusif, disiplin kelas juga dalam keadaan yang baik dan keadaan
bilik darjah yang selesa. Pengurusan alam pembelajaran yang baik dapat
mewujudkan suasana yang kondusif dan selesa yang sekaligus dapat meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Seperti dalam
dapatan kajian, terdapat banyak perkara yang perlu dititikberatkan oleh guru
dalam persediaan sebelum mengajar. Antaranya ialah guru perlu merancang
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebelum proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan agar guru mengetahui apa hasil pembelajaran yang perlu dicapai.
Selain itu, guru juga perlu bersedia dari segi mental, fizikal, dan bahan bantu
mengajar (BBM) yang akan digunakan.
Pengurusan alam pembelajaran turut berhasrat agar para pelajar
dapat bergerak dengan bebas dan aktif
terutamanya ketika melakukan aktiviti semasa proses pengajaran danp
pembejalaran berlangsung. Oleh itu, dalam hal ini juga guru perlu memainkan
peranan sebagai pengurus dalam mengurus bilik darjah dengan memastikan susun
atur kedudukan meja dan peralatan yang lain seperti penyapu dalam keadaan yang
teratur.
Di
samping itu, guru juga perlulah mempunyai kemahiran dalam pengurusan alam
pembelajaran bagi menghadapi setiap pelajar yang mempunyai karakter dan latar
belakang yang berbeza-beza. Berdasarkan kepada dapatan kajian, kemahiran
interpersonal antara guru dan pelajar sangatlah penting. Selain itu, guru perlu
mengingati nama dan mengetahui latar belakang setiap pelajar di dalam kelas
tersebut. Hal ini dapat menunjukkan bahawa guru tersebut mengambil berat dan
prihatin terhadap setiap pelajarnya
Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran sangat penting sebagai
seorang guru agar minat dan juga tumpuan para pelajar dapat dipupuk dengan
mudah. Selain itu, pengurusan alam pembelajaran juga dapat memudahkan guru
untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan juga maklumat sekaligus meningkatkan
pencapaian para pelajar. Namun pun begitu, seorang guru perlulah menjadikan
Falsafah Pendidikan Guru sebagai panduan
kerana falsafah itu sendiri telah menentukan arah haluan, asas dan juga
sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru di Malaysia.
RUJUKAN
PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH
RENDAH
KEBANGSAAN DI ZON BANDAR
DAERAH KOTA TINGGI. (2018). [Ebook]. Retrieved
from http://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdf
Noormala, Ali, Mohamed
Sharif Mustafa. dan Roslee Ahmad. (t.t.). Pendekatan
temubual
sebagai
metod kajian kes. suatu persepsi di kalangan pelajar perempuan cemerlang
terhadap perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling. hlm.1-12. Diperoleh daripada
Topik 2 Kajian Pengurusan Dan Pembelajaran Pelajar.
(2018). Retrieved from
https://www.scribd.com/document/344679606/Topik-2-Kajian-Pengurusan-Dan- Pembelajaran- Pelajar
https://www.scribd.com/document/344679606/Topik-2-Kajian-Pengurusan-Dan- Pembelajaran- Pelajar
Nasbah, N. (2018). Guru sentiasa perlu
kreatif dalam Pd. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/node/242985
Fail boleh dicapai:
https://drive.google.com/open?id=13P2FUpeg4_FHvfQ-Ufk9oafFJ8MEPiyW
https://drive.google.com/open?id=1_JbTMtAD2E7NOm5xb5rRfblitPcKX8VP
https://drive.google.com/open?id=1clV08sKZ66MwEHVQO0mZ1k1InhdsFECs
https://drive.google.com/open?id=13P2FUpeg4_FHvfQ-Ufk9oafFJ8MEPiyW
https://drive.google.com/open?id=1_JbTMtAD2E7NOm5xb5rRfblitPcKX8VP
https://drive.google.com/open?id=1clV08sKZ66MwEHVQO0mZ1k1InhdsFECs
No comments:
Post a Comment